Tuesday, April 12, 2011

kisah lelaki dan gadis manis

aku ada 1 kisah mengenai lelaki dan gadis..alkisah kawan aku ni secara tak sengaja telah dilantik menjadi saksi 1 kejadian yang aku kelaskan sebagai kelakar..haha..sebab apa aku kata kelakar?? jom bersama saya membongkar misteri di sebalik kejadian ini,ayuh! haha dah macam pengacara tak laku je..hahaa

aku ade seorang kawan yang aku kategorikan as kaki merendek a.k.a kaki lepak yang tegar kerana saban hari dan minggu beliau akan keluar pusing-pusing 1 KL la kiranya. kalau pasal nak cari port lepak, jalan nak pegi 1 tempat tu, atas bawah, uptown downtown, tanya je dia, dia bole bagi jalan yang lagi tepat dan bernas dari google map..heheh setiap ceruk KL ni dia tau..bukan macam aku, nama je anak KL,lahir dekat KL,pegi KLCC naik kenderaan sendiri pon boleh sesat dan tak sure jalan biarpun 10 kali pegi..hahaha..tapi klau jalan KL ni naik public transport especially LRT, hah ni la orangnya..hahaha..aku rasa lagi senang commute..tak risau jam dan parking.

nak dijadikan cerite, time member aku ni lepak dekat port lepak dia area KL, dia terlihat dan terdengar  sebuah kes pelik..kita ikuti flashback kawan aku seperti yang diceritakan oleh beliau kepada aku..AMARAN: TRUE STORY!!


Lelaki: kenapa awak tampar saya?!

Gadis: sebab awak kurang ajar! kenapa awak tengok saya dengan pandangan yang menelanjangi saya?

Lelaki: hello cik, dah awak pakai macam tu kenapa? tersembol sana sini..pakai baju dedahkan dada heng sana heng sini itu gadis melayu ke?

Gadis: suka hati I lah, baju I.. tapi kenapa U tengok sampai nak terjojol biji mata?

Lelaki: suka hati I lah, lagipun U dah belanja,so I sapu jela..lagipun, cik sendiri yang bagi saya tengok,  jadi janganlah marah kalau saya tengok..




member aku cakap, sampai situ jela flashback aku.eeceh macam skrip dalam filem..hahaha aku gelak je dengar dia cerita dengan penuh semangat dan iltizam, macam nak join maharaja lawak je gaya dia..hahaha
bagi aku kes ni aku tak tau nak cakap ape, either side is not right too..ala lagipon kalau tak nak bagi orang tengok,janganla dedahkan, bila dedahkan jangalah marah kalau orang tengok..SIMPLE!..heheh




P/S: aku kadang tak tahan sejuk kalau masuk mall kat KL ni..tapi aku tengok ramai je pakai dedah, memang keturunan kulit tebal ni..huhu

Monday, April 11, 2011

aku, abah dan panah

Gap yang panjang antara exam membuatkan otak aku mengambil keputusan untuk mengerakkan saraf motor aku melalui urat tunjang untuk menghasilkan pergerakan pulang ke rumah dengan tenaga motokar aku..haha..dah macam belajar sains tingkatan 3 agaknye..hahaha..selalu bila balik rumah ade je aktiviti yang abah akan jak aku pegi..mancing jom!!, abah tanya aku, aku pon jom!!!, menjala jom!!,aku pon jom..aku memang minat giler mancing, abah pon boleh tahan gak, tapi abah lagi suka menjala,banyak hasil katanya..abah memang kuat tangan dia,sebab pe aku cakap macam tu?? asal abah tebar jala je, bukak cantik je, aku tebar tak penah je bukak, kuncup je..berat oo jala...abah cakap lagi lebar, lagi berat..hehe..

abah berbakat jugak dalam sukan seperti bowling dengan snooker, kalau snooker, abah tuju bola masuk je..aku ni je yang noob..huhu..baru-baru ni aku ade aktiviti baru dengan abah,ARCHERY @ MEMANAH. port memanah ni kitorang jumpa masa adik aku ade tournament bowling dekat SUNWAY..sementara mak aku jadi supporter @ pengkritik bowling adik aku, aku dan abah sambil-sambil tu pegi la try tempat memanah sebelah SUNWAY MEGALANES..orang kata selalu nak main ice skating kalau datang Sunway, tapi aku rsa best lagi memanah..hehe ececeh padahal nak cover yang aku ni tak pandai men roller blade dan ice skating..hehehe

bestnya memanah ni bila aku dapat aim tengah-tengah tu so aku dan abah akan mula cabar mencabar..ahahha...abah walaupon pakai spek mata, dia punya aim tepat oo..huhu..port memanah ni satu company dengan port memanah kat GENTING HIGHLAND tu ha, takkan la nak memanah sampai nak memanjat gunung genting tu ye dak?? baik pergi SUNWAY je..hehe

tengok abah aim,macam robin hood..haha..btw,bow tu berat oo..  


sesiapa yang rasa nak try benda baru ke, nak release tension ke bolehla try memanah ni, quite fun lagi-lagi bila korang dapat shoot target dengan tepat. kalau rasa nak praktis, ambik macam aku dan abah, 250 arrow..tercabut tangan..hahaha


yang dalam bekas tu baru 50 je, kali la dengan 5..bow 2 berat dia 26 paun..huhu


kalau korang boleh shoot yang kuning tu, memang respectla..hehehe



P/S: adeh tangan aku masih sakit, 250 arrow banyak kot..hahaha

aku, Chow Kit dan ayam kampung

haaa..jangan salah interpret tajuk di atas...ini bukan ayam yang "ayam" made in China, Vietnam ke Siam ek..ni ayam kampung yang berkhasiat..bila aku cerita pasal ayam kampung ni ambik kat Chow Kit mesti ade kawan aku pikir lain hahaha..tu ayam lain la, ni ayam lain..rutin aku kalau dekat rumah ialah selalu membantu ibu bapa ahhaha..dah macam ayat masa sekolah rendah dulu..

ayam kampung ni diambil adalah sebagai stok untuk dimasak, digoreng, digulai, dikarikan dan macam-macam lagila dekat SAS Restoran Ayam Kampung.selalunya omak eden akan koba kek eden " ekau esok poei Chow KIt yo, ambik ayam dari Reno"..bilo maso omak eden pandai cakap nogori pon aku tak tau..hahaha..

ramai orang akan cakap kenapa jauh bebenor ngambik ayamnye yob?? kat Nilai tak ade jual ke?..aku pass soalan tu pada mak, mak cerita yang dia dah riki semua tempat area Nilai tu yang ade cuma ayam daging je, ayam kampung illek kadawalik..hahaa..lagipon ambik kat Chow Kit murah dan senang sebab ade jugak barang lain yang nak dibeli dekat dalam Pasar Chow Kit tu macam bahan-bahan untuk laici kang, sayur-sayur dan jugak lontong asli..hehe

dulu, mak selalu suh pegi time pas subuh,sebab time tu jalan lengang dan orang pon tak bangun pagi lagi nak pegi pasar..haha.dan disebabkan tu jugak dari Nilai nak ke KL time subuh hari Sabtu aku boleh sampai dalam 20 minit je..hehhe..sekarang ni rutin dah berubah sedikit, ambik ayam ppukul 11 pagi plak,tapi still hari Sabtu, so kalau anada ade masa terluang bolehla join say ambik ayam di Chow Kit pada setiap hari Sabtu jam 11 pagi..haha dah macam promo rancangan kanak-kanak je..selalu aku pegi sorang je cume kadangkala bibik @ emak yang akan follow sekali sebab hanya diorang je tau nak beli barang-barang yang lain lagi..aku hanyalah supir yang ambilin ayam dong..hahaha


jalan masuk ke Chow Kit,melalui Jalan Raja Bot, nampak tak kedai sosilawati
kaki Reno menghalang pandangan ayam..Reno segan gambarnya dirakam,nampak kaki je
ayam penuh 1 besen, berat ooo!! huhu

P/S: inilah rutin saya setiap hari sabtu..heheh

TIGER biskuat yang aummm!!!

lama tak tulis dalam blog ni, haha ade cuti dalam 10 hari, tu yang balik kampung tu..spent quality time dengan family..makan-makan,sembang-sembang, jalan-jalan, solat jemaah dan mengaji sesama, I LOVE MY FAMILY..ececeh sentimental la pulak, biasala hari senin..hehe..aku kalau dekat rumah memang suka bangun pagi samalah jugak kalau dekat kampus,yang peliknya, hari ade kelas liat nak bangun, hari tak ada kelas, senang je bangun..hahaa..

ni aku nak cerita pasal sarapan @ makan pagi aku..selalu aku bangun pagi, mesti rasa lapar @ dahaga, 1st thing sebelum tido malam tu, aku akan sparekan air 1 botol untuk minum pagi esoknya and sarapan aku ialah TIGER biskuat perisa coklat extra!! aummmm..sebab ape aumm?? kan ke tiger tu aumm?? hahaha

biskuat tiger choc aumm..yang coklat selalu habis..huuu
sebab pe aku suka makan biskuat ni pon aku tak tau, tapi bagi aku biskuat ni sedap la..aku terikut-ikut kawan aku yang suka makan biskuat ni, tapi dua suka version original, sedap gak..heheh tapi coklat lagi sedap.. ape yang bestnya, aku penah tengok iklan kat tv kalau korang nak jadi pemain bola sepak HARIMAU MALAYA @ nak lompat jauh macam HARIMAU SIBERIA lompat bolela makan TIGER biskuat ni..hahaha..



P/S: harga biskuat kat kedai berbeda-beda harganya..enggak cocok...huhu

Monday, April 4, 2011

cinta padang bola 2

" hello, hello, mimi, ko kat mane tu?" kila menjerit sedikit ke arah telefon bimbitnya..

dia hampa, panggilannya tidak dapat didengari dengan jelas kerana bingit...bukan dari sekelilingnya, tetapi dari tempat dia cuba menghubungi mimi..

"ish, ni mesti mimi pegi tengok game si maliklah ni" kila mengomel sendirian..

dia mengenang nasibnya malam itu,sedari pagi,kila merasakan hari ini adalah bad hair daynya..sudahla bangun lambat untuk berjumpa klien, stiletto 5incinya pula patah, dan pelengkapnya kunci rumah dila tertinggal di rumah.

PRAKK!!!! bunyi kilat sabung menyabung.

" hah,cantik, hujan plak"..kila resah,
 dia baru berfikir untuk berjalan balik ke rumahnya dari stesen LRT itu..tapi kini hujan menjadi penghalangnya.kila sekali lagi cuba menghubungi mimi, tapi kali ini dia menggunakan SMS..buat seketika, hanya bunyi hujan turun saja menjadi irama di stesen itu..telefon bimbit kila bergetar, mimi membalas SMSnya menyatakan dia kasihan mengenang nasib kila dan dia akan menjemput kila selepas tamat game malik..kila menaip OK..tidak lama kemudian,mimi datang menjemput kila. malik turut sama menjemput kila.

" sorry babe, aku pegi support malik tadi..sian ko..canela leh tertinggal kunci hehe" mimi tersenyum.

kila terus buat muka mencuka menandakan dia tidak merasakan sesuatu yang kelakar disitu..sepanjang perjalanan pulang, malik dan mimi masih berdiskusi tentang game malik yang baru lepas.. kila naik muak mendengarnya tapi dia hanya mendiamkan diri..hanya satu je yg kila tak faham, 22 lelaki mengejar 1 bola keliling padang sebesar itu..terus kila bersuara dengan agak lantang sedikit.

malik menjawab" bola sepak bukan hanya sekadar game yg 22 orang mengejar bola..ia adalah seni, seni yg cukup indah jika diamati betul2..ia seperti berada di medan perang..bola itu menjadi tanda kemenangan @ kekalahan.

kila hanya mendiamkan diri.."apa yang seninya,main bola lari sana -sini" kila pendam soalan itu dalam dirinya.

malik terus memandu ke maple, dia ingin mengajak mimi dan kila minum2 dulu..usai sampai di maple, sedia terpasang game BARCELONA dan ARSENAL yang sebelum ini..malik mengajak kila untuk menonton perlawanan itu..

" kila ko tgk btol2 game ni.." luah malik

kila mendiamkan diri dan melihat ramai orang memakai jersi tertulis nama yang tidak pernah didengarinya sebelum ini..kila cuba mengamati dan menonton secara serius ke arah layar itu dan dia terpaku,kerana dia kagum melihat seorang pemain mampu melepasi 3 pemain lawan..MESSI nama di jersinya..tiba di depan gol itu, MESSI menjaringkan gol melepasi jangkauan ALMUNIA..tidak semena2 tempat itu menjadi bingit sedikit. walaupun itu hanyalah ulangan game, mereka merasakan seperti LIVE..sekali lagi kila melihat MESSI menggelecek lawan..tetapi kali ini dia kagum melihat pihak lawan langsung tidak dapat mengejar dan merampas bola.

 

.MESSI dan rakan sepasukannya bermain begitu selesa..seolah-olah pihak lawan tiada di situ..mungkin inilah seni yang diperkatakan oleh Malik..getus hati Kila..MESSI terus menuju ke arah gol..dan kali ini Kila turut sama bersorak..dia tidak pernah menyangka yang rakyat malaysia gila bola dan kini dia turut merasa tempiasnya..mimi tersenyum melihat kila bersorak begitu..

" apa? kenapa ko xpnah ajak aku pegi tgk game?" kila bertanya pada mimi.

 "mana aku tau kau suka tengok bola..hehe"  mimi membalas

mimi tersenyum lagi..baru kini kila tau sebab kenapa ramai org gila bola..kini dia turut merasakannya..dia jatuh cinta pada permainan itu...kini BARCELONA mempunyai tambahan seorang lagi peminat di seluruh dunia dan mimi menoleh ke arah malik lalu mereka tersenyum melihat kila khusyuk menonton..mimi tau kini dia tidak berseorangan lagi menonton game..


P/S: ramai dah gadis-gadis tengok bola sekarang...tak percaya pegi maple..hehe

Saturday, April 2, 2011

SAS Restoran Ayam Kampung



Hari ni is the best day for my mum, her newest baby, bukan mak aku beranak adik lagila,restoran family aku dah mencapai usia 1 tahun.. Congrats mak and abah too for the support.. Through out the year, a lot of thing has been achieved, macam-macam kerenah dan telatah ade..mak simpan duit gaji dia sampai la mak berjaya bukak kedai makan  sendiri.. aku pon tak pernah sangka yang family aku akan bukak kedai makan, tau-tau aku dapat makan free setiap kali pegi kedai..ahhaha..

SAS Restoran Ayam Kampung ni terletak kat Nilai, berdepan dengan GIANT Nilai.. dari highway KL-SEREMBAN, keluar ke exit Nilai, belok kanan sampai nampak Murni Nursing College ngan Pusat Asasi UIAM kat sebelah kanan, belok kiri terus je sampai jumpa traffic light,kat situ dah boleh nampak dah restoran comel family aku ni..hehe

the interesting about SAS is it offers ayam kampung ..even google translate pon tak tau macam mane nak cakap ayam kampung in English..ayam kampung ni banyak khasiat dan kurang lemak, tak macam ayam suntik @ ayam daging..ade macam-macam menu berkaitan ayam kampung ade, ayam halia, ayam ungkep (special mak eden buek tau) dan macam-macam lagi..

 ayam halia, one of my favorite..nyum2..

ayam masak lemak,pun favorite eden


selain masakan ayam kampung, SAS jugak menawarkan masakn lain seperti ikan, sayur-sayuran jugak..siakap ade, kembung ade, pari ade..sayur macam-macam ulam ade, asparagus, kailan, fu chuk dan macam-macam lagila..tak rugi punyala kalau datang.


siakap masak stim, mesti kecur liur, dijamin 100% heheh


peria masak cili, pahit tapi sedap


SAS bukan sekadar tempat makan sahaja, ia juga adalah tempat untuk mengeratkan hubungan keluarga dengan makan ramai-ramai, tempat orang bercinta nak luang masa ke, dan juga tempat nak raikan birthday pon boleh jugak..

happy birthday

the twins who celebrate birthday, even player M.U pon datang tau

rasa kalau nak makan bersila ke bersimpuh ke gazebo ni sedia membantu..


aku suka dan bersyukur bila mak happy dapat bukak kedai makan walaupon banyak rintangan dan halangan..mak cukup tabah mengharunginya...hasilnya?? tengok bawah ni, orang-orang terkenal datang makan..

 Ziana Zain tu..ehehe..we love ziana!!!


  
Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib
mantan Menteri Besar Selangor 


jadi, pada korang, jemputlah datang ke restoran comel family saya ini..kalau mereka pon boleh datang, kenapa tidak anda? ececeh dah macam iklan hari raya la pulak..hehe..




P/S: KL-Nilai takdela jauh mane pon..hehe

aku dan broadband

aku tak tau nak cakap ape  bile aku tgk bil handphone aku last month..terkejut aku! "incik ar,u punya bil oo, semua rm711.45 sen saja" amoi kat plaza alam sentral tu bagitau aku..hari tu antara hari paling teruk pernah aku lalui dan membuatkan aku sedar yang public phone skang dah leh letak kat muzium,sebab pe? dorang ni dah extinct, tak wujud dalam kampus aku ni..aku melilau le nak cari public phone sebab aku nak kol mak aku..nak pinjam handphone member, aku dah tebal muka,jadi nak tak nak aku kena gak pegi buat handphone aku dari kena barred.

lepas je amoi tu cakap bil aku banyak tu, aku tanya dia "amoi, wo ai ni amoi"...amoi tu gelak, persis gadis korea..hahaha ceh sebenarnya aku nak tanya "bil handphone saya berapa?', " u punya call and message bil untuk 3 bulan punya hanya rm102.50 sahaja." aku terkejut lagi, "yang balance lagi beberape ratus tu datang dari mane?" aku tanya lagi, " u punya broadband sama itu BB Internet services"..amoi tu wat muka comel masa dia explain...aiyo...aku pun pikir balik kat mane aku letak broadband aku 2..

alkisah, sebelum ni sim kad phone aku ni no prepaid, aku beli rm 8.80 je time tu,pas2 one day mak eden tepon, " abang, mak guna no abang untuk parallel ngan broadband ni ye??"..aku ye kan jela, at least umah eden ado tenet dan mungkin omak den nk main internet untuk wat keja ke..last2 aku dapat tau yang broadband ni sebenarnya ade caj tersembunyi, kena plak access @ connection area umah aku  tak berapa kuat..sudahnya broadband tu balik semula ke dalam kotak dia..la ni, kotak tu pi mana pon kami tak tau..huhu

mak pesan suruh pegi report polis,at least aku tak payah bayar untuk modem tenet 2 untuk membatalkan kontrak broadband aku..sabarla omak, eden pas exam nanti baru eden poei balai buat report..heheh

ni seakan-akan brodband aku, tapi aku punya cap huawei..


P/S: nasihat aku kalau rasa perlu, baru angkat, kalau rasa tak perlu, better pegi cc..hehehe

Friday, April 1, 2011

Only the Fool celebrates APRIL FOOL

1 april..tarikh ni tiap-tiap tahun muncul dalam kalendar dan tarikh ni jugakla yang akan disambut oleh sesetengah orang yang rasa hari tu ialah hari mengenakan  orang or making pranks. the person who got pranked cannot be mad because it is april fools day.. aku pon tak faham kenapa orang kita boleh terjebak dengan ritual mengarut ni. orang barat sendiri pon tak jelas asal-usl kewujudan ni dan kenapa orang kita dengan mudah imitate benda ni sampai jadi informal culture..

yes, i admit it, im used to do it back in school.. aku buat tu pasal sense of revenge kepada orang2 yang prank aku hari tu.. aku buat sebab orang lain pon buat.its like an epidemic, once you done, others will follow and then it would spread to your peeps later..at first, it seems fun, but when it reach the "too much" level, it turns to be annoying and irritating.aku hanya prank pada orang yang prank aku je..

ok back to history, orang barat sendiri pon takde cite benda ni dalam buku teks sejarah dan peradaban dunia dorang.. cuma ade sedikit version di mana sebelum kalendar Gregorian iaitu kalendar kita sekarang diguna pakai, masyarakat terdahulu telah menggunakan kalendar Julian dimana New Year disambut pada 1 APRIL, berbeza ngan sekarang, 1 JANUARI,,jadi bila POPE GREGORY XIII mengubahnya pada 1582, ade sessetengah pihak yang degil atau kurang cerdik berikrar yang New Year still 1 APRIL, jadi bila tiba je 1 APRIL tiap-tiap tahun, dorang akan buat pranks or make fun of the traditionalist at that time.. yes, it shows that sesiapa yang sambut  APRIL FOOL ni adalah di kalangan orang yang degil @ kurang cerdik sebab tu kah ia digelar APRIL FOOLs day? hehe maybe..korang leh search for other explanation on the net, ape yang aku tulis ni hanya cebisan je..

western sendiri pon tak jelas origin hari ni, jadi kenapa kita nak ikot sesuatu budaya yang tak pernah wujud dalam budaya kita dan diamalkan secara meluas?? pada sesiapa yang ade niat nak wat APRIL FOOL, lupakan jela, grow up, banyak lagi benda nak wat selain dari prank orang..the worst  prank i ever heard is when one of my friend prank my other friend saying that his house was on fire and you know what? he became so worried until he collapse due to asthma..and worst part is the friend who prank could laugh while watching him panicking and gasping for an air..so, aku nasihatkan janganla nak follow benda-benda karut gini, bukan tambah pahala pon,malah menyusahkan orang lagi adela..

 
SAY NO TO APRIL FOOLS DAY

P/S: i was born in April...heheh

Thursday, March 31, 2011

cinta padang bola 1

PRITTT!!!!!!pengadil perlawanan mula meniup wisel permulaan permainan...adam tersenyum melihat penonton bersorak untuk pasukan yang mereka sokong...tiupan vuvuzela,hon dan wisel menjadikan tempat penduduk bingit. walaupun bingit, adam tetap setia duduk dan menonton. bagi adam, dunia bola sepak tidak pernah jauh dari hatinya,sejak kecil,aktivitinya hanya bola...,jika ada peluang, semestinya dia cuba menjadi yg terbaik berada di padang itu..hatinya memberontak untuk bermain dan sama2 berjuang di medan tempur itu..adam masih ingat, kerana bola sepak, adam berselisih faham dengan ayahnya...adam masih ingat kata2 walid

"adam,macam mana minat sekalipon, adam kena ingat,bola bukan segala2nya, usah lalai kerananya, walid tengok adam dah terlalu obses sehingga menjejaskan pelajaran adam.."adam membisu,tidak pernah adam membantah tatkala walid berbicara..

"walid nak adam lupakan bola sepak dan fokus pada pelajaran" walid berkeras.

"tapi walid.." bentak adam.

"tiada tapi2 lagi adam..selagi kamu tak improve selagi 2 walid melarang kamu main".adam akur dengan kata2 walid.

dia hanya tunduk diam seribu bahasa dengan fikiran bercampur baur....PRITTT!!! tiupan wisel membuatkan  adam tersentak, membangkitkan nya semula darui lamunan mengenang kisah lalu...tatkala adam cuba menonton kembali,mencari2 apakah sebab tiupan wisel, adam terlihat seorang gadis di hadapannya sedang bersorak mengikut rentak penonton yang lain.

"apalah ref ni, kayu betul...mamat 2 jatuh sendirila!!!" adam tergelak kecil,tidak pernah adam melihat seorang gadis seperti itu.

bersemangat waja menyokong pasukannya..ketika adam ketawa, gadis itu menoleh ke belakang mencari gerangan yg ketawa..gadis itu merenung adam,pandangan mereka bertemu dan terus mematikan gelak tawa adam..adam merasakan sesuatu, dadanya terasa berdegup kencang..tidak diketahui oleh adam samada perasaan itu kerana malu direnung atau sebab lain..tetapi gadis itu juga seolah2 malu tatkala melihat adam..hatinya sama berdebar.

PRITTT!!! tiupan wisel dibunyikan tanda ada sesuatu terjadi di padang..adam dan gadis itu mengalihkan pandangan ke padang semula dan penonton bersorak kerana pasukan mereka berjaya menjaringkan gol yg pertama...adam turut bersorak dan adam cuba mencari gadis itu untuk melihat reaksinya..nyata gadis itu turut sama bersorak...sekali lagi mereka berpandangan...masing2 berhenti bersorak...adam tersenyum dan gadis itu turut tersenyum..mereka tahu ini bukan senyuman gembira kerana gol...ini adalah sesuatu yg berbeza..lama mereka berpandangan.

PRITTT!!! gol lagi. mereka masih berpandangan..tidak dihirau lg keadaan di padang itu...adam pasti, ini adalah sesuatu yg lain...tidak pernah dia merasakan seperti ini...ini adlah perasaan yg sama dialami adam ketika dia bermain...adam akui selama ini cintanya hanya pada bola sepak...bola itu kekasihnya,padang itu tamannya..tetapi kali ini adam merasakan cintanya itu beralih ke arah yg berbeza..ke arah yg sebenar..

adam tersenyum dan gadis turut sama tersenyum..

ni gambar pasukan kuliah aku

P/S: cinta ade di mana-mana..haha

aku, gadis dan beg

minggu lepas ade satu hal pelik yang berlaku dalm hidup aku, bagi aku pelikla tak tau pulak bagi orang lain biasa je..aku seolah-olah berada dalam keadaan dejavu. bukan dejavu lagu BEYONCE atau cite dejavu DENZEL WASHINGTON. ni satu keadaan di mana ape yang pernah berlaku kat aku zaman sekolah dulu terjadi lagi pada aku..

alkisahnya, masa aku isi minyak keta kat SHELL karak, aku terjumpa seorang gadis di mana beg dia tertinggal atas kereta mase dia isi minyak, aku pon tegurla.." cik beg cik ni tertinggal atas bumbung.." gadis tu tak pasal2 terus tarik beg dia ngan cepat pastu terus masuk keta, muka dia seolah-olah menahan marah..aku jadi heran, hatiku berdetik, "apsal?"..tak semena2 benda tu ingatkan aku pada ape yang terhjadi kat aku masa sekolah dulu..

masa tu aku belajar kat PERAK, aku masuk tusyen untuk mendalami ilmu lagi2 SPM nak dekat.Nak dijadikan cerite, mase balik tusyen petang tu, aku tegurla gadis ni yang satu tempat tusyen ngan aku ni sebab beg galas dia zip terbukak, so aku takutla barang2 dia jatuh kena kaki emas aku ni..aku pon cakapla, " err cik, beg awak ni terbukak.." 2 je ayat yang terpacul dari mulut aku..gadis tu toleh, tenung aku satu macam pastu cepat2 dia naik OMNIBUS LOWER PERAK warna putih stripe hijau dan hitam.
 
esoknya kawan aku kat sekolah datng tegur aku," weh ni member aku ade pesan ni, kau jangan kacau awek dia, atau bercakap dengan awek dia lagi,faham??, ko tu asal dari bandar so, kalu pape jadi aku mesti backup budak kampung aku, ko orang luar, sorryla, member tak member.." aku diam je masa member aku tu sampaikan warning budak kampung dia..pastu aku senyum je, aku rasa kelakar plak sebab benda remeh macam tu pon leh jadi hal besor.ate mike pon bukan le elok sangat ye dok??--dialect perak aku menyerlah...haha

sudahnya aku quit tusyen  bukan sebab aku takut ke ape tapi sebab aku malas nak menghadap muka gadis tu lagi dan aku sendiri pon malas nak cari pasal..dan sejak hari tu jugakla termaktubnya dalam benak aku berkata, " siyes aku tak akan tegur lagi gadis dengan beg galas"..ape dia ingat teguran aku tu point untuk ayat awek ke?? haha

so insiden tusyen ngan stesen minyak tu menguatkan lagi point aku untuk remain silent from speak untuk tegur gadis dengan beg galas yang terbukak.barang dia nak jatuh ke, beg dia masuk angin ke, hah lantak..aku malas nak tegur lagi...

                             gambar hiasan, takde kena mengena pon ngan cite..haha

Wednesday, March 30, 2011

aku dan basikal

basikal dikategorikan sebagai kenderaan beroda dua yang menggunakan tenaga manusia untuk menggerakkannya or its called as pedal-driven with human power to operate it. korang tau tak sape yang invent basikal ni? pakcik beca, askar jepun zaman dulu, azizul hasni patut berterima kasih kepada Baron Karl von Drais.. seorang lelaki dari Jerman yang telah mencipta kenderaan roda dua yang mudah dan murah ini pada 1818.

konsepnya mudah di mana manusia tak perlu lagi berjalan sampai basah ketiak untuk pergi dari check point A ke check point B.Budak SPM 2011 take note ya, this could be your "soalan ramalan" SPM tahun ni. von Drais telah breakout with this kind of idea untuk memudahkan urusan seri paduka baginda beliau kala itu. tanpa disangka-sangka rekaan beliau itu kini telah menjadi salah satu kenderaan murah yang menyihatkan lagi selamat.
China,Jepun dan Belanda dan juga New Yorkers menjadikan basikal sebagai kenderaan mereka sehari-hari.ia secara tak langsung menyihatkan badan dan juga boleh mengurangkan pencemaran alam dari bau-bauan asap monoksida.

ok, enough with history and fact, aku sebenarnya nak cite pasal obsesi aku terhadap basikal as my subject in a photo. i do find basikal is an object than give a story behind a picture. persoalan seperti, "nape basikal?", " ape motifnya?", itu aku pon tak ada jawapannya..yang aku tau basikal look attaractive in picture and reality.

years back, abah belikan aku speda---basikal dalam bahasa indonesia, thanks bibik for the information..aku jaga gile basikal aku..masa tu aku duk umah flat kat cheras, dari tingkat bawah aku bawak naik basikal masuk dalam lif, seboleh-boleh aku tak kasi orang lain masuk selain aku dan basikal aku..haha..punyala sayang aku ngan basikal aku..yela, tu jela kenderaan aku pegi sekolah, tak payah naik bas sekolah, jimat duit kata ibuku..aku senyum je..hehe

naik basikal kalu tak jatuh memang tak sah, biasala budak lasak..haha nak dijadikan cerita, baru-baru ni masa aku pergi photoshoot kat melaka, aku tak pasal2 leh jatuh basikal..bila dikenangkan balik rasa nak gelak sebab tak pasal2 je jatuh, mungkin aku leka snap picture sampai jatuh..tula antara kisah aku dengan basikal..la ni korang enjoy la ngan ape yang aku saji kan ni ..kat bawah ni antara gambar basikal yang pernah aku tangkap..


               lokasi basikal: alor star, kedah.basikal sape? ni aku pon tak tau..ahaha


                     lokasi: kampung baru, basikal ke beca? entah..hahaa

                                     lokasi: melaka, model: rahsia..haha

                                 lokasi: melaka, mood: rantai basikal cabut..

                                                          lokasi: sentul

Monday, March 28, 2011

Saya Nak Kurus!!!

dulu berat badan saya hampir mencecah 90kg..waktu tu saya berada di Kampung Bukit Kecik, Tanah Merah, Kelantan. ade prog anak angkat @ baktisiswa ngan orang di sana..orangnya baik2 dan comel lote..hampir seminggu kat sana kerja saya hari2 makan je..2 yang naik berat sampai macam tu sekali..hehe

tarikh tu pada APRIL 2010..sejak dari hari tu saya cuba untuk mengurangkan berat badan saya dan bentuk badan saya yang sedikit berisi itu..hehehe..lagi satu sebab, sorang kawan saya yang agak berisi itu telah pon menguruskan badannya juga..heheh, saya tercabar dan saya juga berjaya mengurangkan berat badan saya ke 70..hehe...nak tau rahsianya?? hehee

actually i dont have any secret in reducing my weight..it is about how u manage your dish in a daily routine.orang kita salu makn buah hanya bile sudah habis makan, aku ni plak hantu buah, lagi2 tembikai, masa mak potong buah 2 aku salu akan makan sebelum makan nasi dan mak akan marah sebab dia akan cakap " lpas makan nasi baru makan buah"..hehehe aku senyum je...

tapi mengikut secara ilmiah dan saintifiknya, kita perlu ambil buah sebelum main course @ hidangan utama..ade bukti mengatakan buah boleh kurangkan berat badan dengan bertindak sebagai pengalas perut.buah mempunyai tenaga yang rendah tetapi kepadatanya boleh dijadikan sebagai pengalas perut sebelum main course .

selain itu, pengambilan air yang cukup adalah salah satu cara untuk kurangkan berat..korang perasan tak yang bumi ni hampir 90% air? begitu jugak badan kita di mana ia memerlukan air untuk memberi kita tenaga dan tidak dehydrate.ni ade pelan diet yang mudah untuk korang ikut

ni pelan diet yang member aku bagi, tapi i have mine,similar to this, its good for u to try.

senaman jugak antara cara terbaik bukan sahaja untuk kurus, malah untuk mengoptimumkan tahap kesihatan korang. senaman kardio macam jogging dan berenang is the best way to burn your calories down. im used to jog around Dataran Nilai, Negeri Sembilan dalam 5 round tiap2 hari selama hampir 2 minggu..

another thing is, jumlah pemakanan dan waktu makan juga amatlah penting.aku akui aku makan dulu tak kira masa dan tak kira jumlah..main sebat je..hahaha...during this period, aku makan buah dulu before makan nasi, and then my dinner is at 7-8pm paling lewat..makan lewat is the reason korang akan jadi comel a.k.a chubby..haha..

last but not least is, puasa..ni paling penting, puasa bukan sahaja boleh kurangkan berat, malah boleh mengajar sifat sabar dan jugak mengajar kita rasa susah dan dapat tambah pahala lagi..hehe..sahur paling penting, pas sahur korang solat subuh..solat tu sendiri adalah salah satu bentuk senaman untuk jasad dan rohani.. waktu buka puasa plak time maghrib, memang lebih kurang je ngan plan diet atas ni..

P/S: my advice is, dont expect an instant result, sebab kalu korang harapkan cepat, lagi kurang determinantion untuk korang teruskan..yang penting jangan seksa diri sendiri, buat mana yang termampu...Majulah Sukan untuk Negara..

Saya yang Berkhidmat...ahahhaha

untitled

waking up in the morning
standing in the mourning
no more eyes no more light
when will dark turn to bright

standing in the rain
facing up the pain
see what others couldnt see
through the gift which is free

life is not like a cake
it is full with mistake
people will see if it in stake
when there is no more to take

when there is nothing to give
there is only hope to forgive..




RUN

run...run
as fast as you can
dont look back
just run..run

no matter how fast
no matter how far
it will come to hunt you down

when it come
you can never run
u have to face it
steadily,sturdy

it will walk away
leaving you quickly
and now its your turn to chase them back
but before you knew it,
its already too late..

there is no more
to chase for
so long and goodbye..

Sunday, March 27, 2011

German Deli Imbiss

post aku minggu ni asik pasal makan je.. sape2 yg rase nak naikkan berat badan bolela follow kawan2 saya makan..dorang ni makan macam esok nak kiamat je..hahaa..asik makan, makan, dan makan lagi...tapi yang peliknya orang ni makn banyak mane pon berat macam 2 jugak..hahaha..

okla ni ada 1 tempat makan yang terbaik dari ladang..kalu sebelum ni aku post pasal Chicken Hartz Sunway, ni aku nak habaq mai kat angpa suma pasai 1 tempat best punya...tempat ni dekat ampang..cara nak pi sana ialah melalui MRR2,nmpk flyover dan hotel flamingo sebelah kanan, angpa belok kiri,btol2 sebelah kuil hindu pas2 nampak esso, belok kiri lagi...jalan terus sampai nampk petronas sebelah kanan,terus , traffic light yg pertama, anda buat u-turn di situ kembali smp ke petronas yang anda nampak itu...di belakang petronas itulah letaknya german deli...fuh letih nak explain..hahaha

ape yang best pasal tempat ni ialah it offers MEGA SIZE food..especially burgers and hotdog..hehehe

         XXL Jawbreaker, memang pecah rahang..hahaha..comparison with handphone


      comparison with my arm,besar bukan? hotdog 2, tangan aku mmgla besar..haha
       foot long a.k.a 12" inch hotdog..panjang jugak tangan aku..same size kasut aku

                           MEGATON 500..it is a monster, 500g patty 100% daging lembu ladang..haha

it offers a reasonable food price.. for that kind of size, its quite CHEAP..gile ko, burger besar mcm 2 jual dlm rm 16...ok le 2..silap haribulan korang tak bloeh nak bangun berjalan balik je sebab perut jadi besar..hahaha..

P/S: sape2 yang ade selera tinggi, suka nak cube benda baru, gado ngan bf or gf, lehla makn sini..Nyum2!

AYAM, AYAM, AYAM!!!!!


i cant really remember when is the exact time of this pic taken..but i do remember that it is during Ramadhan, break fasting with these 'tough' guy..hahaa.. they eat like they can eat a cow..hahaha..basically, CHICKEN HARTZ is located in SUNWAY PYRAMID,PJ. It offers buffet at  reasonable price where u can ayam ,ayam, and ayam lg..hahaha..they also offer ice cream, rice, veggie..etc.. last time i rememeber it is around 25 per pax..IT IS REASONABLE IF U ARE A CHICKEN LOVERS!! ayam goreng crispy, ayam bbq, mash potatoes yg penting, AYAM,AYAM,AYAM!!!!!


                                      the "TOUGH" guy..hahaha




                                       tengok 2, this is what i call as "mountain of chicken"


                              tabik spring! dorg leh makan sampai abis 2..siap tambah lg..haha


as a conclusion for this journey, bla sume perut penoh dengan ayam, semua lupa kereta park kat mana...haha..nasib baik alarm kereta aku kuat..picit2, rupanya it is on the upper level, and the best part is, we all running like a chicken for no reason shasing our car...ahahaha...sengal!

Friday, March 25, 2011

DSLR- Di Sebalik Lensa Rakus

ape yang rakus? aku  pon tak tau..haha.. rakus dari segi penjual DSLR dan pembeli DSLR itu sendiri..sekarang kalu jalan2, lepaking, outing, dating ke, dah bersepah orang usung DSLR masing2.. semua tak nak kalah..dalam mall ko naktangkap gambar pe?? haha.. aku rasa DSLR ni dah macam permainan kamera yang dijual kat pasar malam je sebab ramai sangat yang pakai..sebut je nikon D90, Canon 1000D, Sony Alpha, banyak lagila sampai berjenis2..

orang cakap zaman sekarang zaman moden, ramai orang kaya2..aku setuju! lagi2 di bandar, taraf hidup orang sini dah meningkat jika nak dibandingkan beberapa tahun sebelum ni. anak nak apa je, mak abah dorang mesti akan sedaya upaya sediakan sampai terpaksa kerja over time.. nak je barang, mintak je..mesti dapat..xtaula mungkin dapaat barang yang nak @ dapat penampar dari abah sebab mintak barang mahal giler.. hahaha.aku dulu masa nak pau duit abah nk beli D5000, aku pancing slow2.."biar lambat asal dapat" pepatah mane ntah aku ambik ni..haha..

aku happy and bersyukur sebab abah akhirnya menghadiahkan ape yang aku idamkan walaupon aku xpandai sangat nak tangkap gambar ni.haha..'xpe, belajar la pelan2, t dah pandai ajarla abah plak" abah encourage aku..thanks abah!

hari ini dalam sejarah

haha, i cant believe it, i have blog..ni 1st time aku buat blog..org lain semua dah blogging lama gila..mungkin aku lambat sikit "noob" bak kata kawan aku yang suka main dota..sebelum ni pon kawan aku ramai yang ajak blogging, 'its fun!' one of them speak to me, aku pon buat bodo jela sebab aku cakap 'assignment pon aku malas nak type, lagi nak tulis blog?? ' haha aku gelak sendirian..anyway skang aku pon dah start blogging so aku kena la rajin2 update, kalau tak, jd sampah jela blog aku ni nanti. papepon, enjoy la dengan kisah2 pelik dalam blog aku ni..hehe peace..salam, cium tangan..hahaha