Tuesday, April 12, 2011

kisah lelaki dan gadis manis

aku ada 1 kisah mengenai lelaki dan gadis..alkisah kawan aku ni secara tak sengaja telah dilantik menjadi saksi 1 kejadian yang aku kelaskan sebagai kelakar..haha..sebab apa aku kata kelakar?? jom bersama saya membongkar misteri di sebalik kejadian ini,ayuh! haha dah macam pengacara tak laku je..hahaa

aku ade seorang kawan yang aku kategorikan as kaki merendek a.k.a kaki lepak yang tegar kerana saban hari dan minggu beliau akan keluar pusing-pusing 1 KL la kiranya. kalau pasal nak cari port lepak, jalan nak pegi 1 tempat tu, atas bawah, uptown downtown, tanya je dia, dia bole bagi jalan yang lagi tepat dan bernas dari google map..heheh setiap ceruk KL ni dia tau..bukan macam aku, nama je anak KL,lahir dekat KL,pegi KLCC naik kenderaan sendiri pon boleh sesat dan tak sure jalan biarpun 10 kali pegi..hahaha..tapi klau jalan KL ni naik public transport especially LRT, hah ni la orangnya..hahaha..aku rasa lagi senang commute..tak risau jam dan parking.

nak dijadikan cerite, time member aku ni lepak dekat port lepak dia area KL, dia terlihat dan terdengar  sebuah kes pelik..kita ikuti flashback kawan aku seperti yang diceritakan oleh beliau kepada aku..AMARAN: TRUE STORY!!


Lelaki: kenapa awak tampar saya?!

Gadis: sebab awak kurang ajar! kenapa awak tengok saya dengan pandangan yang menelanjangi saya?

Lelaki: hello cik, dah awak pakai macam tu kenapa? tersembol sana sini..pakai baju dedahkan dada heng sana heng sini itu gadis melayu ke?

Gadis: suka hati I lah, baju I.. tapi kenapa U tengok sampai nak terjojol biji mata?

Lelaki: suka hati I lah, lagipun U dah belanja,so I sapu jela..lagipun, cik sendiri yang bagi saya tengok,  jadi janganlah marah kalau saya tengok..




member aku cakap, sampai situ jela flashback aku.eeceh macam skrip dalam filem..hahaha aku gelak je dengar dia cerita dengan penuh semangat dan iltizam, macam nak join maharaja lawak je gaya dia..hahaha
bagi aku kes ni aku tak tau nak cakap ape, either side is not right too..ala lagipon kalau tak nak bagi orang tengok,janganla dedahkan, bila dedahkan jangalah marah kalau orang tengok..SIMPLE!..heheh




P/S: aku kadang tak tahan sejuk kalau masuk mall kat KL ni..tapi aku tengok ramai je pakai dedah, memang keturunan kulit tebal ni..huhu

Monday, April 11, 2011

aku, abah dan panah

Gap yang panjang antara exam membuatkan otak aku mengambil keputusan untuk mengerakkan saraf motor aku melalui urat tunjang untuk menghasilkan pergerakan pulang ke rumah dengan tenaga motokar aku..haha..dah macam belajar sains tingkatan 3 agaknye..hahaha..selalu bila balik rumah ade je aktiviti yang abah akan jak aku pegi..mancing jom!!, abah tanya aku, aku pon jom!!!, menjala jom!!,aku pon jom..aku memang minat giler mancing, abah pon boleh tahan gak, tapi abah lagi suka menjala,banyak hasil katanya..abah memang kuat tangan dia,sebab pe aku cakap macam tu?? asal abah tebar jala je, bukak cantik je, aku tebar tak penah je bukak, kuncup je..berat oo jala...abah cakap lagi lebar, lagi berat..hehe..

abah berbakat jugak dalam sukan seperti bowling dengan snooker, kalau snooker, abah tuju bola masuk je..aku ni je yang noob..huhu..baru-baru ni aku ade aktiviti baru dengan abah,ARCHERY @ MEMANAH. port memanah ni kitorang jumpa masa adik aku ade tournament bowling dekat SUNWAY..sementara mak aku jadi supporter @ pengkritik bowling adik aku, aku dan abah sambil-sambil tu pegi la try tempat memanah sebelah SUNWAY MEGALANES..orang kata selalu nak main ice skating kalau datang Sunway, tapi aku rsa best lagi memanah..hehe ececeh padahal nak cover yang aku ni tak pandai men roller blade dan ice skating..hehehe

bestnya memanah ni bila aku dapat aim tengah-tengah tu so aku dan abah akan mula cabar mencabar..ahahha...abah walaupon pakai spek mata, dia punya aim tepat oo..huhu..port memanah ni satu company dengan port memanah kat GENTING HIGHLAND tu ha, takkan la nak memanah sampai nak memanjat gunung genting tu ye dak?? baik pergi SUNWAY je..hehe

tengok abah aim,macam robin hood..haha..btw,bow tu berat oo..  


sesiapa yang rasa nak try benda baru ke, nak release tension ke bolehla try memanah ni, quite fun lagi-lagi bila korang dapat shoot target dengan tepat. kalau rasa nak praktis, ambik macam aku dan abah, 250 arrow..tercabut tangan..hahaha


yang dalam bekas tu baru 50 je, kali la dengan 5..bow 2 berat dia 26 paun..huhu


kalau korang boleh shoot yang kuning tu, memang respectla..hehehe



P/S: adeh tangan aku masih sakit, 250 arrow banyak kot..hahaha

aku, Chow Kit dan ayam kampung

haaa..jangan salah interpret tajuk di atas...ini bukan ayam yang "ayam" made in China, Vietnam ke Siam ek..ni ayam kampung yang berkhasiat..bila aku cerita pasal ayam kampung ni ambik kat Chow Kit mesti ade kawan aku pikir lain hahaha..tu ayam lain la, ni ayam lain..rutin aku kalau dekat rumah ialah selalu membantu ibu bapa ahhaha..dah macam ayat masa sekolah rendah dulu..

ayam kampung ni diambil adalah sebagai stok untuk dimasak, digoreng, digulai, dikarikan dan macam-macam lagila dekat SAS Restoran Ayam Kampung.selalunya omak eden akan koba kek eden " ekau esok poei Chow KIt yo, ambik ayam dari Reno"..bilo maso omak eden pandai cakap nogori pon aku tak tau..hahaha..

ramai orang akan cakap kenapa jauh bebenor ngambik ayamnye yob?? kat Nilai tak ade jual ke?..aku pass soalan tu pada mak, mak cerita yang dia dah riki semua tempat area Nilai tu yang ade cuma ayam daging je, ayam kampung illek kadawalik..hahaa..lagipon ambik kat Chow Kit murah dan senang sebab ade jugak barang lain yang nak dibeli dekat dalam Pasar Chow Kit tu macam bahan-bahan untuk laici kang, sayur-sayur dan jugak lontong asli..hehe

dulu, mak selalu suh pegi time pas subuh,sebab time tu jalan lengang dan orang pon tak bangun pagi lagi nak pegi pasar..haha.dan disebabkan tu jugak dari Nilai nak ke KL time subuh hari Sabtu aku boleh sampai dalam 20 minit je..hehhe..sekarang ni rutin dah berubah sedikit, ambik ayam ppukul 11 pagi plak,tapi still hari Sabtu, so kalau anada ade masa terluang bolehla join say ambik ayam di Chow Kit pada setiap hari Sabtu jam 11 pagi..haha dah macam promo rancangan kanak-kanak je..selalu aku pegi sorang je cume kadangkala bibik @ emak yang akan follow sekali sebab hanya diorang je tau nak beli barang-barang yang lain lagi..aku hanyalah supir yang ambilin ayam dong..hahaha


jalan masuk ke Chow Kit,melalui Jalan Raja Bot, nampak tak kedai sosilawati
kaki Reno menghalang pandangan ayam..Reno segan gambarnya dirakam,nampak kaki je
ayam penuh 1 besen, berat ooo!! huhu

P/S: inilah rutin saya setiap hari sabtu..heheh

TIGER biskuat yang aummm!!!

lama tak tulis dalam blog ni, haha ade cuti dalam 10 hari, tu yang balik kampung tu..spent quality time dengan family..makan-makan,sembang-sembang, jalan-jalan, solat jemaah dan mengaji sesama, I LOVE MY FAMILY..ececeh sentimental la pulak, biasala hari senin..hehe..aku kalau dekat rumah memang suka bangun pagi samalah jugak kalau dekat kampus,yang peliknya, hari ade kelas liat nak bangun, hari tak ada kelas, senang je bangun..hahaa..

ni aku nak cerita pasal sarapan @ makan pagi aku..selalu aku bangun pagi, mesti rasa lapar @ dahaga, 1st thing sebelum tido malam tu, aku akan sparekan air 1 botol untuk minum pagi esoknya and sarapan aku ialah TIGER biskuat perisa coklat extra!! aummmm..sebab ape aumm?? kan ke tiger tu aumm?? hahaha

biskuat tiger choc aumm..yang coklat selalu habis..huuu
sebab pe aku suka makan biskuat ni pon aku tak tau, tapi bagi aku biskuat ni sedap la..aku terikut-ikut kawan aku yang suka makan biskuat ni, tapi dua suka version original, sedap gak..heheh tapi coklat lagi sedap.. ape yang bestnya, aku penah tengok iklan kat tv kalau korang nak jadi pemain bola sepak HARIMAU MALAYA @ nak lompat jauh macam HARIMAU SIBERIA lompat bolela makan TIGER biskuat ni..hahaha..



P/S: harga biskuat kat kedai berbeda-beda harganya..enggak cocok...huhu

Monday, April 4, 2011

cinta padang bola 2

" hello, hello, mimi, ko kat mane tu?" kila menjerit sedikit ke arah telefon bimbitnya..

dia hampa, panggilannya tidak dapat didengari dengan jelas kerana bingit...bukan dari sekelilingnya, tetapi dari tempat dia cuba menghubungi mimi..

"ish, ni mesti mimi pegi tengok game si maliklah ni" kila mengomel sendirian..

dia mengenang nasibnya malam itu,sedari pagi,kila merasakan hari ini adalah bad hair daynya..sudahla bangun lambat untuk berjumpa klien, stiletto 5incinya pula patah, dan pelengkapnya kunci rumah dila tertinggal di rumah.

PRAKK!!!! bunyi kilat sabung menyabung.

" hah,cantik, hujan plak"..kila resah,
 dia baru berfikir untuk berjalan balik ke rumahnya dari stesen LRT itu..tapi kini hujan menjadi penghalangnya.kila sekali lagi cuba menghubungi mimi, tapi kali ini dia menggunakan SMS..buat seketika, hanya bunyi hujan turun saja menjadi irama di stesen itu..telefon bimbit kila bergetar, mimi membalas SMSnya menyatakan dia kasihan mengenang nasib kila dan dia akan menjemput kila selepas tamat game malik..kila menaip OK..tidak lama kemudian,mimi datang menjemput kila. malik turut sama menjemput kila.

" sorry babe, aku pegi support malik tadi..sian ko..canela leh tertinggal kunci hehe" mimi tersenyum.

kila terus buat muka mencuka menandakan dia tidak merasakan sesuatu yang kelakar disitu..sepanjang perjalanan pulang, malik dan mimi masih berdiskusi tentang game malik yang baru lepas.. kila naik muak mendengarnya tapi dia hanya mendiamkan diri..hanya satu je yg kila tak faham, 22 lelaki mengejar 1 bola keliling padang sebesar itu..terus kila bersuara dengan agak lantang sedikit.

malik menjawab" bola sepak bukan hanya sekadar game yg 22 orang mengejar bola..ia adalah seni, seni yg cukup indah jika diamati betul2..ia seperti berada di medan perang..bola itu menjadi tanda kemenangan @ kekalahan.

kila hanya mendiamkan diri.."apa yang seninya,main bola lari sana -sini" kila pendam soalan itu dalam dirinya.

malik terus memandu ke maple, dia ingin mengajak mimi dan kila minum2 dulu..usai sampai di maple, sedia terpasang game BARCELONA dan ARSENAL yang sebelum ini..malik mengajak kila untuk menonton perlawanan itu..

" kila ko tgk btol2 game ni.." luah malik

kila mendiamkan diri dan melihat ramai orang memakai jersi tertulis nama yang tidak pernah didengarinya sebelum ini..kila cuba mengamati dan menonton secara serius ke arah layar itu dan dia terpaku,kerana dia kagum melihat seorang pemain mampu melepasi 3 pemain lawan..MESSI nama di jersinya..tiba di depan gol itu, MESSI menjaringkan gol melepasi jangkauan ALMUNIA..tidak semena2 tempat itu menjadi bingit sedikit. walaupun itu hanyalah ulangan game, mereka merasakan seperti LIVE..sekali lagi kila melihat MESSI menggelecek lawan..tetapi kali ini dia kagum melihat pihak lawan langsung tidak dapat mengejar dan merampas bola.

 

.MESSI dan rakan sepasukannya bermain begitu selesa..seolah-olah pihak lawan tiada di situ..mungkin inilah seni yang diperkatakan oleh Malik..getus hati Kila..MESSI terus menuju ke arah gol..dan kali ini Kila turut sama bersorak..dia tidak pernah menyangka yang rakyat malaysia gila bola dan kini dia turut merasa tempiasnya..mimi tersenyum melihat kila bersorak begitu..

" apa? kenapa ko xpnah ajak aku pegi tgk game?" kila bertanya pada mimi.

 "mana aku tau kau suka tengok bola..hehe"  mimi membalas

mimi tersenyum lagi..baru kini kila tau sebab kenapa ramai org gila bola..kini dia turut merasakannya..dia jatuh cinta pada permainan itu...kini BARCELONA mempunyai tambahan seorang lagi peminat di seluruh dunia dan mimi menoleh ke arah malik lalu mereka tersenyum melihat kila khusyuk menonton..mimi tau kini dia tidak berseorangan lagi menonton game..


P/S: ramai dah gadis-gadis tengok bola sekarang...tak percaya pegi maple..hehe

Saturday, April 2, 2011

SAS Restoran Ayam Kampung



Hari ni is the best day for my mum, her newest baby, bukan mak aku beranak adik lagila,restoran family aku dah mencapai usia 1 tahun.. Congrats mak and abah too for the support.. Through out the year, a lot of thing has been achieved, macam-macam kerenah dan telatah ade..mak simpan duit gaji dia sampai la mak berjaya bukak kedai makan  sendiri.. aku pon tak pernah sangka yang family aku akan bukak kedai makan, tau-tau aku dapat makan free setiap kali pegi kedai..ahhaha..

SAS Restoran Ayam Kampung ni terletak kat Nilai, berdepan dengan GIANT Nilai.. dari highway KL-SEREMBAN, keluar ke exit Nilai, belok kanan sampai nampak Murni Nursing College ngan Pusat Asasi UIAM kat sebelah kanan, belok kiri terus je sampai jumpa traffic light,kat situ dah boleh nampak dah restoran comel family aku ni..hehe

the interesting about SAS is it offers ayam kampung ..even google translate pon tak tau macam mane nak cakap ayam kampung in English..ayam kampung ni banyak khasiat dan kurang lemak, tak macam ayam suntik @ ayam daging..ade macam-macam menu berkaitan ayam kampung ade, ayam halia, ayam ungkep (special mak eden buek tau) dan macam-macam lagi..

 ayam halia, one of my favorite..nyum2..

ayam masak lemak,pun favorite eden


selain masakan ayam kampung, SAS jugak menawarkan masakn lain seperti ikan, sayur-sayuran jugak..siakap ade, kembung ade, pari ade..sayur macam-macam ulam ade, asparagus, kailan, fu chuk dan macam-macam lagila..tak rugi punyala kalau datang.


siakap masak stim, mesti kecur liur, dijamin 100% heheh


peria masak cili, pahit tapi sedap


SAS bukan sekadar tempat makan sahaja, ia juga adalah tempat untuk mengeratkan hubungan keluarga dengan makan ramai-ramai, tempat orang bercinta nak luang masa ke, dan juga tempat nak raikan birthday pon boleh jugak..

happy birthday

the twins who celebrate birthday, even player M.U pon datang tau

rasa kalau nak makan bersila ke bersimpuh ke gazebo ni sedia membantu..


aku suka dan bersyukur bila mak happy dapat bukak kedai makan walaupon banyak rintangan dan halangan..mak cukup tabah mengharunginya...hasilnya?? tengok bawah ni, orang-orang terkenal datang makan..

 Ziana Zain tu..ehehe..we love ziana!!!


  
Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib
mantan Menteri Besar Selangor 


jadi, pada korang, jemputlah datang ke restoran comel family saya ini..kalau mereka pon boleh datang, kenapa tidak anda? ececeh dah macam iklan hari raya la pulak..hehe..




P/S: KL-Nilai takdela jauh mane pon..hehe

aku dan broadband

aku tak tau nak cakap ape  bile aku tgk bil handphone aku last month..terkejut aku! "incik ar,u punya bil oo, semua rm711.45 sen saja" amoi kat plaza alam sentral tu bagitau aku..hari tu antara hari paling teruk pernah aku lalui dan membuatkan aku sedar yang public phone skang dah leh letak kat muzium,sebab pe? dorang ni dah extinct, tak wujud dalam kampus aku ni..aku melilau le nak cari public phone sebab aku nak kol mak aku..nak pinjam handphone member, aku dah tebal muka,jadi nak tak nak aku kena gak pegi buat handphone aku dari kena barred.

lepas je amoi tu cakap bil aku banyak tu, aku tanya dia "amoi, wo ai ni amoi"...amoi tu gelak, persis gadis korea..hahaha ceh sebenarnya aku nak tanya "bil handphone saya berapa?', " u punya call and message bil untuk 3 bulan punya hanya rm102.50 sahaja." aku terkejut lagi, "yang balance lagi beberape ratus tu datang dari mane?" aku tanya lagi, " u punya broadband sama itu BB Internet services"..amoi tu wat muka comel masa dia explain...aiyo...aku pun pikir balik kat mane aku letak broadband aku 2..

alkisah, sebelum ni sim kad phone aku ni no prepaid, aku beli rm 8.80 je time tu,pas2 one day mak eden tepon, " abang, mak guna no abang untuk parallel ngan broadband ni ye??"..aku ye kan jela, at least umah eden ado tenet dan mungkin omak den nk main internet untuk wat keja ke..last2 aku dapat tau yang broadband ni sebenarnya ade caj tersembunyi, kena plak access @ connection area umah aku  tak berapa kuat..sudahnya broadband tu balik semula ke dalam kotak dia..la ni, kotak tu pi mana pon kami tak tau..huhu

mak pesan suruh pegi report polis,at least aku tak payah bayar untuk modem tenet 2 untuk membatalkan kontrak broadband aku..sabarla omak, eden pas exam nanti baru eden poei balai buat report..heheh

ni seakan-akan brodband aku, tapi aku punya cap huawei..


P/S: nasihat aku kalau rasa perlu, baru angkat, kalau rasa tak perlu, better pegi cc..hehehe