Thursday, March 31, 2011

cinta padang bola 1

PRITTT!!!!!!pengadil perlawanan mula meniup wisel permulaan permainan...adam tersenyum melihat penonton bersorak untuk pasukan yang mereka sokong...tiupan vuvuzela,hon dan wisel menjadikan tempat penduduk bingit. walaupun bingit, adam tetap setia duduk dan menonton. bagi adam, dunia bola sepak tidak pernah jauh dari hatinya,sejak kecil,aktivitinya hanya bola...,jika ada peluang, semestinya dia cuba menjadi yg terbaik berada di padang itu..hatinya memberontak untuk bermain dan sama2 berjuang di medan tempur itu..adam masih ingat, kerana bola sepak, adam berselisih faham dengan ayahnya...adam masih ingat kata2 walid

"adam,macam mana minat sekalipon, adam kena ingat,bola bukan segala2nya, usah lalai kerananya, walid tengok adam dah terlalu obses sehingga menjejaskan pelajaran adam.."adam membisu,tidak pernah adam membantah tatkala walid berbicara..

"walid nak adam lupakan bola sepak dan fokus pada pelajaran" walid berkeras.

"tapi walid.." bentak adam.

"tiada tapi2 lagi adam..selagi kamu tak improve selagi 2 walid melarang kamu main".adam akur dengan kata2 walid.

dia hanya tunduk diam seribu bahasa dengan fikiran bercampur baur....PRITTT!!! tiupan wisel membuatkan  adam tersentak, membangkitkan nya semula darui lamunan mengenang kisah lalu...tatkala adam cuba menonton kembali,mencari2 apakah sebab tiupan wisel, adam terlihat seorang gadis di hadapannya sedang bersorak mengikut rentak penonton yang lain.

"apalah ref ni, kayu betul...mamat 2 jatuh sendirila!!!" adam tergelak kecil,tidak pernah adam melihat seorang gadis seperti itu.

bersemangat waja menyokong pasukannya..ketika adam ketawa, gadis itu menoleh ke belakang mencari gerangan yg ketawa..gadis itu merenung adam,pandangan mereka bertemu dan terus mematikan gelak tawa adam..adam merasakan sesuatu, dadanya terasa berdegup kencang..tidak diketahui oleh adam samada perasaan itu kerana malu direnung atau sebab lain..tetapi gadis itu juga seolah2 malu tatkala melihat adam..hatinya sama berdebar.

PRITTT!!! tiupan wisel dibunyikan tanda ada sesuatu terjadi di padang..adam dan gadis itu mengalihkan pandangan ke padang semula dan penonton bersorak kerana pasukan mereka berjaya menjaringkan gol yg pertama...adam turut bersorak dan adam cuba mencari gadis itu untuk melihat reaksinya..nyata gadis itu turut sama bersorak...sekali lagi mereka berpandangan...masing2 berhenti bersorak...adam tersenyum dan gadis itu turut tersenyum..mereka tahu ini bukan senyuman gembira kerana gol...ini adalah sesuatu yg berbeza..lama mereka berpandangan.

PRITTT!!! gol lagi. mereka masih berpandangan..tidak dihirau lg keadaan di padang itu...adam pasti, ini adalah sesuatu yg lain...tidak pernah dia merasakan seperti ini...ini adlah perasaan yg sama dialami adam ketika dia bermain...adam akui selama ini cintanya hanya pada bola sepak...bola itu kekasihnya,padang itu tamannya..tetapi kali ini adam merasakan cintanya itu beralih ke arah yg berbeza..ke arah yg sebenar..

adam tersenyum dan gadis turut sama tersenyum..

ni gambar pasukan kuliah aku

P/S: cinta ade di mana-mana..haha

No comments:

Post a Comment