Monday, April 4, 2011

cinta padang bola 2

" hello, hello, mimi, ko kat mane tu?" kila menjerit sedikit ke arah telefon bimbitnya..

dia hampa, panggilannya tidak dapat didengari dengan jelas kerana bingit...bukan dari sekelilingnya, tetapi dari tempat dia cuba menghubungi mimi..

"ish, ni mesti mimi pegi tengok game si maliklah ni" kila mengomel sendirian..

dia mengenang nasibnya malam itu,sedari pagi,kila merasakan hari ini adalah bad hair daynya..sudahla bangun lambat untuk berjumpa klien, stiletto 5incinya pula patah, dan pelengkapnya kunci rumah dila tertinggal di rumah.

PRAKK!!!! bunyi kilat sabung menyabung.

" hah,cantik, hujan plak"..kila resah,
 dia baru berfikir untuk berjalan balik ke rumahnya dari stesen LRT itu..tapi kini hujan menjadi penghalangnya.kila sekali lagi cuba menghubungi mimi, tapi kali ini dia menggunakan SMS..buat seketika, hanya bunyi hujan turun saja menjadi irama di stesen itu..telefon bimbit kila bergetar, mimi membalas SMSnya menyatakan dia kasihan mengenang nasib kila dan dia akan menjemput kila selepas tamat game malik..kila menaip OK..tidak lama kemudian,mimi datang menjemput kila. malik turut sama menjemput kila.

" sorry babe, aku pegi support malik tadi..sian ko..canela leh tertinggal kunci hehe" mimi tersenyum.

kila terus buat muka mencuka menandakan dia tidak merasakan sesuatu yang kelakar disitu..sepanjang perjalanan pulang, malik dan mimi masih berdiskusi tentang game malik yang baru lepas.. kila naik muak mendengarnya tapi dia hanya mendiamkan diri..hanya satu je yg kila tak faham, 22 lelaki mengejar 1 bola keliling padang sebesar itu..terus kila bersuara dengan agak lantang sedikit.

malik menjawab" bola sepak bukan hanya sekadar game yg 22 orang mengejar bola..ia adalah seni, seni yg cukup indah jika diamati betul2..ia seperti berada di medan perang..bola itu menjadi tanda kemenangan @ kekalahan.

kila hanya mendiamkan diri.."apa yang seninya,main bola lari sana -sini" kila pendam soalan itu dalam dirinya.

malik terus memandu ke maple, dia ingin mengajak mimi dan kila minum2 dulu..usai sampai di maple, sedia terpasang game BARCELONA dan ARSENAL yang sebelum ini..malik mengajak kila untuk menonton perlawanan itu..

" kila ko tgk btol2 game ni.." luah malik

kila mendiamkan diri dan melihat ramai orang memakai jersi tertulis nama yang tidak pernah didengarinya sebelum ini..kila cuba mengamati dan menonton secara serius ke arah layar itu dan dia terpaku,kerana dia kagum melihat seorang pemain mampu melepasi 3 pemain lawan..MESSI nama di jersinya..tiba di depan gol itu, MESSI menjaringkan gol melepasi jangkauan ALMUNIA..tidak semena2 tempat itu menjadi bingit sedikit. walaupun itu hanyalah ulangan game, mereka merasakan seperti LIVE..sekali lagi kila melihat MESSI menggelecek lawan..tetapi kali ini dia kagum melihat pihak lawan langsung tidak dapat mengejar dan merampas bola.

 

.MESSI dan rakan sepasukannya bermain begitu selesa..seolah-olah pihak lawan tiada di situ..mungkin inilah seni yang diperkatakan oleh Malik..getus hati Kila..MESSI terus menuju ke arah gol..dan kali ini Kila turut sama bersorak..dia tidak pernah menyangka yang rakyat malaysia gila bola dan kini dia turut merasa tempiasnya..mimi tersenyum melihat kila bersorak begitu..

" apa? kenapa ko xpnah ajak aku pegi tgk game?" kila bertanya pada mimi.

 "mana aku tau kau suka tengok bola..hehe"  mimi membalas

mimi tersenyum lagi..baru kini kila tau sebab kenapa ramai org gila bola..kini dia turut merasakannya..dia jatuh cinta pada permainan itu...kini BARCELONA mempunyai tambahan seorang lagi peminat di seluruh dunia dan mimi menoleh ke arah malik lalu mereka tersenyum melihat kila khusyuk menonton..mimi tau kini dia tidak berseorangan lagi menonton game..


P/S: ramai dah gadis-gadis tengok bola sekarang...tak percaya pegi maple..hehe

No comments:

Post a Comment